Shah Alam Fit Challenge Tu Apa?

Shah Alam Fit Challenge Tu Apa?

Saya adalah Coach Aisyah dari Raudhah@7 Wellness Center dan hari ni saya rasa sangat excited kerana nak menjemput pembaca blog saya untuk sertai Shah Alam Fit Challenge! :D




Dari “Fat to Fit” atau “Fit to Fitter”…semua tahap kecergasan sangat dialu-alukan untuk menyertai program yang paling Hot di Shah Alam ini. Shah Alam Fit Challenge membantu warga Shah Alam untuk mendapatkan keputusan yang luarbiasa Tanpa Keahlian dan Tanpa Kontrak. Yang paling penting adalah faktor “Fun” bersama-sama rakan-rakan Fit Challenge Shah Alam dan anda mendapat peluang untuk menangi hadiah-hadiah yang luar biasa!



Jom Kenali Shah Alam Fit Challenge!

PENGETAHUAN UMUM

Q: Apakah atau Siapakah Raudhah@7?

A: Raudhah@7 adalah penaja rasmi dan penganjur bagi Shah Alam Fit Challenge. Raudhah@7 adalah kumpulan jurulatih yang berdedikasi yang telah bersama-sama membangunkan satu sistem sokongan untuk membantu warga Shah Alam mendapatkan hasil yang luarbiasa. Hasil ini tidak dapat tercapai jika tidak menggabungkan “Power of 3" untuk mendapatkan 100% keputusan. Anda akan dapat melihat hasil MAKSIMUM untuk masa dan usaha yang anda telah laburkan untuk badan anda. Kami percaya jika penjagaan kesihatan dan kecergasan dikekalkan secara SERONOK dan MUDAH, keputusannya adalah ajaib! KAMI BUKAN gimnasium ... KAMI BUKAN pusat penurunan berat badan ... KAMI TIDAK memerlukan keahlian atau kontrak. Keperluan kami hanyalah anda serius untuk mencari dan merasai tahap kecergasan dan kesihatan yang terbaik untuk anda.

KOS ATAU HARGA

Q: Adakah RM65 itu untuk per kelas, aktiviti atau untuk sepanjang Fit Challenge yang berlangsung untuk 4 minggu?

A: RM65 adalah YURAN KEMASUKAN untuk Shah Alam Fit Challenge dan membolehkan anda untuk akses kepada sebanyak mana aktiviti Fit Club yang anda mahu.

Q: Adakah RM65 satu-satunya yuran kemasukan yang perlu saya bayar untuk memasuki Shah Alam Fit Challenge atau ada bayaran lain yang akan diminta dari saya selepas itu untuk kekal dalam Shah Alam Fit Challenge atau mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti?

A: Tiada YURAN LAIN YANG DIPERLUKAN untuk mengambil bahagian dalam setiap sesi Shah Alam Fit Challenge  yang berlangsung selama 4 minggu atau untuk sertai sebarang aktiviti-aktiviti Fit Club yang lain.

WAKTU DAN KOMITMEN MASA

Q:  Adakah saya dikehendaki menghadiri jumlah tertentu aktiviti Fit Club setiap minggu atau setiap bulan?

A: Tiada jumlah tertentu aktiviti yang anda MESTI hadiri, walaubagaimanapun dalam usaha kami untuk memastikan kemajuan anda supaya anda mempunyai peluang untuk memenangi Shah Alam Fit Challenge, kami meminta anda menghadiri "orientasi” pada permulaan dan sesi "Penimbangan Badan" serta ujian “Fit Test" kami yang luarbiasa. Selepas itu jumlah aktiviti yang anda sertai betul-betul terpulang kepada anda. Lebih banyak anda hadir aktiviti-aktiviti Fit Club, semakin baik hasilnya dan lebih besar peluang anda untuk menjadi Pemenang Shah Alam Fit Challenge Shah Alam!

Q:  Bagaimana “Orientasi, Penimbangan Badan dan Fit Test” dijalankan?

A: Anda perlu menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat tentang tarikh dan masa untuk sesi “Orientasi, Penimbangan Badan dan Fit Test” yang seterusnya. Orientasi adalah servis kepada anda untuk memahami bagaimana untuk menggunakan sistem sokongan Raudhah@7 dan program Fit Club supaya anda akan mendapatkan hasil yang maksimum. Ia juga untuk menjawab sebarang soalan-salan terakhir dari anda atau soalan tentang garis panduan Shah Alam Fit Challenge. Penimbangan Badan akan berlaku pada hari yang sama dengan Orientasi dan akan menjadi ukuran rasmi berat badan, lemak badan, dan jisim otot anda yang kami akan gunakan untuk menentukan pemenang Shah Alam Fit Challenge. Fit Test akan berlaku pada hari yang lain setelah Orientasi. Fit Test adalah ujian Fitness badan yang akan dibimbing oleh jurulatih berdasarkan berapa kali push-ups dan sit-ups yang anda boleh lengkapkan serta larian, berjoging atau berjalan kaki dalam ujian Beep Test. Ini bergantung kepada tahap kesihatan dan kecergasan anda.

Q: Apakah waktu aktiviti Fit Club?

AIsnin dan Khamis bermula jam 8.00pm dan berakhir pada jam 9.30pm. Perhatian bahawa kami akan bermula tepat pada jam 8pm, oleh itu anda perlu sampai di Raudhah@7 Wellness Center antara jam 7.30pm-7.50pm.

AKTIVITI FIT CLUB

Q: Bilakah aktiviti Fit Club berlangsung?


A: Sila lihat bahagian WAKTU DAN KOMITMEN MASA seperti di atas.

Q: Dimanakah aktivit-aktiviti dijalankan?

A: Setiap Aktiviti Fit Club kami bermula dari Raudhah@7 di Seksyen 7 Shah Alam (Alamat: No.20M, M Floor, Jalan Zirkon E7/E, Seksyen 7, Shah Alam) berdekatan dengan Restoran Hakim, di atas Kedai Lontong Klang. Dari center kami, aktiviti Fit Club akan dijalankan di sekitar Seksyen 7 Shah Alam! Urban Challenge, Body Combat, Body Weight Workout, Running Club dan Dance Fitness semua dijalankan di dalam studio dan aktiviti yang lain akan dijalankan di luar.

Q: Apakah jenis aktiviti yang diadakan oleh Raudhah@7 team dan pada hari apa aktiviti-aktiviti ini dijalankan?


A: Kami mempunyai pelbagai aktiviti seperti Urban Challenge, Body Combat, Body Weight Workout, Running Club, Dance Fitness dan banyak lagi! Tarikh-tarikh mungkin berbeza-beza dari semasa ke semasa oleh itu sila hubungi saya untuk mengetahui jadual yang paling terkini dan maklumat lanjut tentang setiap aktiviti.

Q: Adakah ini program personal training atau adakah saya akan mempunyai searing “personal trainer”?


A: Raudhah@7 Wellness Center bukanlah sebuah gym tetapi kami adalah program gaya hidup yang dibangunkan oleh sekumpulan jurulatih supaya anda mendapat hasil yang jarang didapati jika anda pergi ke gym atau melantik seorang personal trainer. Semua aktiviti Fit club akan diadakan secara berkumpulan dan anda akan ada seorang jurulatih personal yang akan membimbing anda untuk mendapat “kesan 100%"

Q: Apakah yang perlu saya bawa untuk menyertai aktiviti Fit Club?

A: Sila pastikan apabila anda datang ke aktiviti Fit Club, anda bersedia untuk bersenam dengan pakaian dan kasut sukan yang betul. Anda juga boleh membawa tuala dan pertukaran pakaian. Anda juga boleh membawa botol air. Walau bagaimanapun air disediakan sebagai sebahagian daripada program ini. Sila maklum bahawa ruang untuk penukaran pakaian terhad, oleh itu anda disyorkan untuk datang sedia berpakaian senaman jika boleh. Perhatian juga kami tidak dapat menawarkan kemudahan bermandi.

PENYERTAAN

Q: Boleh kah saya sertai Fit Challenge Shah Alam walaupun saya ada kecederaan atau batasan fizikal?

A: Ya semua orang dialu-alukan untuk menyertai. Kami meminta untuk anda memberitahu jurulatih peribadi anda dan jurulatih yang mengetuai aktiviti Fit Club tentang situasi anda. Kami akan sentiasa menggalakkan anda untuk meningkatkan aktiviti diri sendiri tetapi anda perlu tahu had anda dan jangan ragu untuk melangkah keluar atau rehat semasa aktiviti dijalankan jika perlu.

Q: Boleh kah saya bawa rakan-rakan atau ahli keluarga bersama saya untuk menyertai Fit Challenge, dan/atau menyertai aktiviti-aktiviti Fit Club?

A: Pada bila-bila masa sahaja anda boleh menjemput sesiapa yang anda mahu untuk menyertai apa-apa aktiviti kami!

Untuk sebarang pertanyaan tenting Shah Alam Fit Challenge Shah Alam, sila hubungi saya. Saya bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Terima kasih! :)

Did This Help You? If so, I would greatly appreciate if you commented below and share on Facebook












Phone: 019-2294616
Email: aisyah-patthi.blogspot.com

“I Teach You the Fitness, Mindset and Home Business Strategies to Make More Money and Follow Your Passion!”

If you enjoyed this post on Shah Alam Fit Challenge Tu Apa? Retweet and comment please

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...